Adakah anda beradab | Adakah anda seorang yang beradab.. |
|
|
|
| Written by ustaz | |
| Sunday, 02 March 2008 | |
|
Adab Berjiran
· Dikira jiran itu bermula dari 40 buah rumah ke hadapan, belakang, kiri dan kanan · Mendahulukan memberi salam bila bertemu · Tidak terlalu banyak bertanya akan hal ehwalnya · Menziarahinya apabila ia sakit · Menerima undangannya bila ada sesuatu majlis kesyukuran atau keramaian · Cuba membantunya sedaya yang boleh bila mereka berada didalam kesusahan · Memaafkan setiap kesalahan dan kesilapan yang tidak disengajakan · Tidak mudah percaya dengan kata-kata fitnah terhadapnya · Memberi nasihat dan tunjuk ajar dalam urusan agama mahupun dunia · Sentiasa bercakap dengan lemah lembut · Tidak menyinggung perasaannya dengan sesuatu perbuatan
Adab Bercakap
Adab Berjanji
Adab Tetamu · Kita hendaklah segera memberitahu tuan rumah jika tidak mahu makan sebelum makanan disediakan · Tuan rumah harus diberitahu kemana kita pergi supaya mereka tidak tercari-cari ketika makanan hampir disediakan · Kita dilarang sama sekali dari meminta sesuatu kepada tuan rumah, kerana dikhuatiri tuan rumah tidak dapat memenuhi permintaan kita dan ini akan memalukan mereka · Kita hendaklah menghindarkan diri dari mencampuri urusan tuan rumah kecuali bantuan kita diperlukan · Apabila kita meminta sesuatu kepada tuan rumah hendaklah dengan cara yang sopan dan jangan terlalu mendesak · Sewaktu menikmati hidangan kita hendaklah meninggalkan sedikit makanan di dalam bekas bekas tambah supaya tuan rumah tidak menyangka bahawa makanan itu tidak cukup dan ini akan memalukan tuan rumah · Kita ditegah memberi makanan kepada peminta sedekah atau orang luar daripada makanan yang dihidangkan oleh tuan rumah. Adab Tuan Rumah · Sebagai tuan rumah kita dilarang mendesak tetamu supaya makan. Ini kerana mungkin ketika itu mereka sedang kenyang atau sebagainya. · Sekiranya kita ingin menghidangkan makanan lagi, kita dilarang dari mengalih bekas makanan yang masih ada. Sebaliknya bawalah makanan itu di dalam bekas yang lain. · Hendaklah sentiasa menunjukkan sikap ramah kepada tetamu dan layanlah mereka dengan sebaik mungkin. Apabila menghidangkan makanan pastikan ianya bertutup. · Apabila tetamu meminta diri untuk pulang kita disunatkan mengiringi mereka hingga ke muka pintu. · Biarlah tetamu kita berada dalam keadaan yang selesa, elakkan dari sentiasa berada disisi mereka sambil melihat gelagat mereka ketika makan atau sebagainya. · Apabila kita dikunjungi oleh tetamu, maka uruskanlah makanannya sebaik mungkin. · Tunjukkan kepada mereka dimana tandas, supaya mereka tidak merasa gelisah apabila tiba waktu untuk qada hajat. · Elakkan dari keluar mencari-cari sesuatu untuk tetamu kita, hidanglah apa saja yang sedia ada. · Setelah menghidangkan makanan, jangan sekali-kali membiarkan mereka begitu sahaja. Berilah perhatian kepada mereka bagi memastikan segalanya memuaskan. Sekiranya kita dikunjungi oleh dua orang tetamu pastikan layanan yang diberikan adalah adil.
Adab Makan § Membaca bismillah ketika mula hendak makan. § Membersihkan kedua belah tangan. § Makan dan minum menggunakan tangan kanan § Makanlah dengan penuh perasaan tawadduk dan jangan makan dengan gaya yang angkuh. § Sunat makan secara berjemaah kerana banyak keberkatan yang terkandung di dalamnya. § Makanlah makanan yang ada dihadapan anda dan jangan menjangkau makanan yang ada pada hidangan yang lain. § Jika makanan yang ada itu sedikit sedang tetamunya terlalu ramai maka janganlah makan sampai terlalu kenyang. § Ketika makan jangan terlalu banyak bercakap atau bercakap mengenai hal-hal yang boleh menimbulkan rasa loya atau jijik. § Jika ada butiran makanan yang jatuh maka kutiplah ia semula. Makanan adalah nikmat Allah maka muliakanlah ia. § Setelah selesai makan maka licinkanlah pinggan anda dan jangan biarkannya dengan sisa-sisa makanan setelah itu jilatlah makanan yang masih melekat pada jari-jari anda. § Jika anda terpaksa meninggalkan majlis makan terlebih awal maka segeralah minta keuzuran kerana hal tersebut. § Setelah majlis makan itu selesai maka ucapkanlah 'alhamdulillah' kepada Allah yang telah memurahkan rezekinya kepada kita.
Adab Membaca Al-Quran · Membersihkan badan dan pakaian serta mengambil wuduk. Mengambil dan mengangkat al-Quran dengan tangan kanan · Membaca al-Quran di tempat yang bersih seperti di rumah, surau, masjid dan sebagainya. Yang paling utama adalah di masjid. · Menghadap ke kiblat, membacanya dengan khusyuk dan tenang. · Membersihkan mulut dari sisa-sisa makanan dan bau · Memlakan bacaan dengan membaca "aku berlindung dengan nama Allah dari syaitan yang direjam," kemudian disusuli dengan "bismillah" serta membaca ummul kitab (Fatihah) · Membacanya dengan tartil. Bacaan yang perlahan-lahan dan tenang · Membaca dengan penuh perhatian dan memikirkan tentang ayat-ayat yang dibaca serta cuba memahami maksudnya · Bacaannya hendaklah benar-benar diresapkan ke dalam hati, terutama pada ayat-ayat yang mengambarkan tentang nasib orang-orang yang berdosa serta yang melanggar perintah Allah · Membaca dengan suara yang indah lagi merdu. · Tidak diselang seli dengan perbualan, bermain-main atau ketawa. Hendaklah diteruskan bacaan sampai ke ayat yang ditentukan barulah disudahi.
Adab Menziarahi Orang Sakit
§ Sunat menziarahinya secara berselang hari § Makruh jika tinggal terlalu lama dan menyusahkan si pesakit serta keluarganya § Sunat duduk dekat dengan kepala si pesakit § Sunat membaca doa dan mengucapkan kata-kata yang disenangi oleh si pesakit § Sunat mengampunkan setiap kesalahan pesakit sekiranya ia ada membuat kesalahan dengan kita § Membawa apa-apa buah tangan yang patut bagi meringankan bebannya dan juga keluarganya
Adab Menziarahi Kubur · Sunat memberi salam dan mendahului dengan kaki kanan apabila memasuki kawasan perkuburan · Sunat mengambil wuduk · Makruh bagi wanita tetapi sekiranya bercampur dengan kaum lelaki yang bukan mahramnya maka hukumnya haram. Bagi wanita yang sudah tua maka hukumnya harus · Sunat membaca ayat-ayat al-quran seperti · Duduk hampir dengan kuburnya atau disisinya · Dilarang mengusap atau mencium batu nisan · Di larang tawaf di sekeliling kubur dengan memohon sesuatu hajat padanya kerana ini adalah perbuatan bid'aah yang mungkar · Lebih afdal, ziarah dilakukan pada hari jumaat |
|
| Last Updated ( Sunday, 02 March 2008 ) |
MaulidurRasul 1429 H
| sambutan maulidurrasul 1429 |
Kemusykilan Agama
| Waktu Solat |
| Mengenai Solat |
| Koleksi Doa |
| Administrator |
| Kemusykilan Agama (Ibadat) |



